Browsed by
Tag: tips perjalanan

6 Tips Perjalanan Yang Selamat Sempena Musim Cuti Yang Anda Wajib Tahu

6 Tips Perjalanan Yang Selamat Sempena Musim Cuti Yang Anda Wajib Tahu

Musim cuti persekolahan sudahpun bermula. Di hujung tahun ini pastilah ramai yang akan mengambil kesempatan ini menggunakan jalan raya tak kira untuk melancong, atau pun pulang ke kampung bertemu keluarga yang tercinta.

Pastinya kanak-kanak antara yang paling gembira kerana mereka mempunyai cuti yang panjang hingga ke akhir tahun. Ibu bapa berpeluang untuk membawa mereka berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik.

Dalam keterujaan untuk bercuti, pastikan kereta yang dipandu selamat dan selesa supaya tidak menggangu mood yang baik.

Jadi apa perlu kita buat bagi memastikan perjalanan yang selamat dan selesa?

Berikut kami kongsikan beberapa tips mudah sebagai persiapan untuk perjalanan yang baik.

1. Semak perbatuan dan tarikh servis

 

Setiap kereta ada had perbatuan dan tarikh servis. Ada kereta yang perlu diselenggara setiap 5,000 km, 10,000 km atau sehingga 15,000 km berganting kepada saranan pengeluar.

Untuk mereka yang kurang memandu pula sila semak sela masa servis kereta anda. Kebanyakan kereta perlu diservis setiap enam bulan atau dua kali setahun.

Namun ada satu lagi jenis kereta berteknologi tinggi yang memaparkan indikator di meter bahawa kereta perlu diservis.

Tidak kira sama ada anda menyukat menggunakan perbatuan, sela masa atau indikator di meter pastikan ia mempunyai jarak dan masa yang selesa untuk digunakan semasa musim cuti nanti.

2. Jika sudah hampir dengan masa servis, jangan bertangguh!

Jika kereta anda sudah menghampiri jarak dan waktu untuk diservis, usah bertangguh lagi dan tempahlah slot dengan segera.

Perancangan ini lebih kritikal jika kereta memerlukan servis major yang memakan masa lebih daripada biasa. Ada yang perlu sehingga setengah hari untuk disiapkan!

Jadi tempahlah slot anda dengan segera. Harus tahu sesetengah pusat servis rasmi memerlukan satu minggu untuk mendapatkan slot servis major!

3. Bukan sahaja servis, perkara lain juga perlu diberi perhatian!

Menjaga kereta bukan sahaja tukar minyak hitam, tukar plug atau perkara lazim lain.

Ambil masa untuk memeriksa keseluruhan kereta anda. Kereta yang berusia memerlukan lebih perhatian.

Perkara yang perlu diperiksa ialah tenaga bateri, bunga tayar, penyerap hentak dan penyaman udara.

Komponen yang disebutkan ini harganya lebih tinggi berbanding alat ganti biasa.

Oleh itu hantar kereta anda untuk diperiksa oleh mereka yang pakar.

Apabila kereta diperiksa awal lebih senang untuk menyediakan bajet yang diperlukan dan lebih penting supaya ia tidak menggangu bajet perjalanan.

4. Rancang perjalanan – Tarikh, masa dan laluan

Memandangkan sebilangan besar kereta akan bergerak ke serata destinasi di seluruh negara sempena cuti persekolahan ini, persediaan awal perlu dibuat segera.

Mereka yang bekerja pastikan anda memohon cuti siap-siap. Rancang hari apa anda hendak bertolak dan pukul berapa. Rancang juga laluan yang hendak diambil serta hentian untuk solat dan mengisi minyak.

Setiap tahun pihak pengendali lebuh raya akan menyediakan nasihat atau jadual perjalanan supaya tidak terperangkap dalam kesesakan yang teruk.

Sentiasa ambil maklum tentang jadual perjalanan ini dan rancanglah sebaiknya.

Bukan sahaja untuk perjalanan ke kampung halaman tetapi juga perjalanan pulang semula ke kediaman anda.

5. Pastikan rehat secukupnya dan memandu dalam keadaan segar

Sekiranya anda merancang untuk melakukan perjalanan yang jauh, pastikan anda rehat sepenuhnya sebelum memuakan perjalanan. Sekiranya terasa letih di tengah jalan, berhenti seketika di mana-mana hentian yang ada. Usah memaksa diri membawa kereta sehingga boleh membahayakan keselamatan diri, penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

Jika boleh elakkan juga daripada memandu semasa tengah malam yang boleh membuatkan anda mengantuk. Rancang perjalanan dengan teliti dan lakukan persediaan yang secukupnya.

 

6. Pandu secara berhemah dan patuhi peraturan jalan raya.

Kerap kali ketika musim cuti persekolahan mahupun perayaan kita mendengar banyak saman dikeluarkan. Lebih teruk lagi pelbagai kemalangan berlaku di atas jalan raya yang membimbangkan kita sebagai pengguna jalan raya.

Atasi perkara ini dengan memandu secara berhemah dan patuhi had laju yang telah ditetapkan. Usah gopoh untuk ke destinasi yang penting anda selamat sampai ke destinasi yang diinginkan.

Sumber: Careta

 

————–

Miliki Subaru Forester / XV mulai hari ini! Hubungi / Whatsapp penasihat jualan Subaru Kuantan seperti di bawah untuk maklumat lanjut, atau untuk menempah sesi pandu uji. Kunjungi bilik pameran kami dan alami sendiri kehebatan kenderaan Subaru.
 
RSS
Follow by Email
Back to top