Browsed by
Tag: KLIMS

Pasaran Automotif Dijangka Kekal Positif

Pasaran Automotif Dijangka Kekal Positif

 

KUALA LUMPUR: Walaupun mungkin berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi serta perubahan geopolitik negara, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan pasaran automotif akan kekal positif.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya yakin pasaran akan terus berkembang berdasarkan sokongan yang diberikan peserta industri itu sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18).

Seiring dengan kehendak industri global yang bergerak ke arah teknologi baharu, KLIMS18 juga dijangka mengubah teknologi ke arah kepintaran buatan (AI), rangkaian dan tenaga boleh diperbaharui, menurut Aishah.

“Pameran kali ini adalah langkah agresif membabitkan semua pihak dalam menetapkan arah gaya kenderaan masa depan. Berdasarkan data MAA, industri automotif negara berkembang pesat dalam empat dekad kebelakangan ini.

“Jumlah keselurhan industri (TIV) berkembang dari 97,262 unit pada 1980 kepada 600,000 unit tahun lalu. Malaysia juga antara tiga pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara,” katanya selepas pelancaran KLIMS18 di sini, pada 22 November lalu.

Perasmian majlis dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

KLIMS18 akan bermula 23 November hingga 2 Disember di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan bertemakan “Beyond Mobility”.

Ia dianjurkan bersama MAA dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI). Sebanyak 74 pempamer menyertai pameran kali ini.

Pameran yang kali terakhir dianjurkan pada 2013 itu juga disertai 20 jenama pengeluar kereta dan tiga motosikal, manakala baki selebihnya adalah syarikat media, universiti dan yang berkaitan dengan automotif termasuk aksesori.

Aishah berkata, acara yang dianjurkan buat kali kesembilan di negara ini juga menawarkan hadiah menarik sepanjang 10 hari acara berlangsung.

Sumber: BH Online

 

————–

Miliki Subaru Forester / XV mulai hari ini! Hubungi / Whatsapp penasihat jualan Subaru Kuantan seperti di bawah untuk maklumat lanjut, atau untuk menempah sesi pandu uji. Kunjungi bilik pameran kami dan alami sendiri kehebatan kenderaan Subaru.
 
RSS
Follow by Email
Back to top