Browsed by
Category: News and Updates

5 Perkara Penting Yang Akan Diubah Oleh Menteri Pengangkutan Menjelang 2019

5 Perkara Penting Yang Akan Diubah Oleh Menteri Pengangkutan Menjelang 2019

 

Pada sidang media hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan berkenaan lima perkara yang akan diubah pihak kementerian tersebut. Sidang media ini dilakukan sejurus selepas pembentangan di Dewan rakyat hari ini.

Menurut Anthony, perubahan pada Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalanraya (Pindaan) 1987 itu telah dibaca buat pertama kali pada sesi pagi tadi.

Untuk sesi esok, bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan sebelum dibawa naik ke Dewan Negara (sekiranya lulus)

Lima perkara yang diusulkan oleh Menteri Pengangkutan itu adalah seperti di bawah:

 

1. Memberikan kuasa kepada Majlis Bandaraya menubuhkan pasukan Warden Lalu Lintas.

Sembilan Majlis Bandaraya akan diberi kebenaran untuk mewujudkan pasukan tersebut yang akan membantu pihak polis trafik dan JPJ dalam melakukan rondaan dan mengawal lalu lintas.

  1. Ipoh
  2. Alor Star
  3. Petaling Jaya
  4. Shah Alam
  5. Pulau Pinang
  6. Johor Bahru
  7. Melaka
  8. Kuala Trengganu
  9. Iskandar Puteri

 

2. Memansuhkan sebarang rujukan kepada SPAD

Sebarang rujukan kepada SPAD diminta dimansuhkan kerana suruhanjaya itu telah dibubarkan.

 

3. Menetapkan jumlah fi kepada syarikat kenderaan untuk proses VTA

Menteri mahu mengenakan jumlah bayaran tetap (fi atau fee) untuk proses Vehicle Type Approval (VTA) yang dilakukan oleh JPJ.

Proses VTA ialah pemeriksaan yang dilakukan sebelum sebuah model kenderaan boleh dijual di Malaysia. Ia memastikan kenderaan itu mengikuti kelulusan dan piawaian yang digunakan oleh negara.

Contohnya ialah piawaian EU yang termasuk dari segi keselamatan, asap dan pelbagai lagi. Fi ini tidak sepatutnya menaikan harga kenderaan kerana ia dilakukan hanya sekali untuk satu model kenderaan sahaja.

Buat masa sekarang, tiada fi dikenakan.

 

4. Memperbaiki proses nyah-daftar (de-registration) kenderaan

Proses nyah-daftar kenderaan akan dipermudahkan agar membantu majlis-majlis perbandaran mengalihkan kereta-kereta buruk yang tersadai di kawasan perumahan dan di hadapan bengkel-bengkel kenderaan yang menyakitkan mata.

Ada lebih dari 60,000 kenderaan buruk tersadai di seluruh negara dan sukar untuk dialihkan oleh majlis perbandaran kerana kereta masih tidak dinyah-daftar.

Selepas undang-undang ini diluluskan, kenderaan akan dinyah-daftar oleh majlis perbandaran dan kemudian dialihkan.

Anggapannya ia juga bakal membantu mekanik-mekanik yang terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan yang tidak mahu mengambil kereta mereka yang tersadai di hadapan bengkel.

 

5. Memberikan kuasa kepada Menteri Pengangkutan untuk menetapkan fi cermin gelap

Sebelum ini, pemilik kenderaan boleh meminta kebenaran khas dari pihak Menteri untuk menggunakan cermin gelap pada kenderaan mereka, jika mempunyai sebab yang kukuh.

Anthony berkata sepanjang beliau menjadi Menteri, beliau tidak pernah meluluskan sebarang permintaan tersebut.

Sekarang beliau berkata permohonan boleh dilakukan kepada pejabat beliau dan jika sebabnya kukuh, ia akan diluluskan tetapi sejumlah fi perlu dibayar.

Fi ini dikecualikan untuk mereka yang mempunyai sebab kesihatan.

Cara ini membantu membanteras gejala rasuah sebenarnya kerana bayaran fi kepada pihak kementerian dilakukan dengan tertib dan direkodkan secara rasmi.

 

Anthony berkata jika lima perubahan tersebut diluluskan, ia boleh dikuat-kuasakan seawal Januari tahun hadapan.

 

Sumber: Careta

 

Miliki Subaru Forester / XV mulai hari ini. Hubungi / Whatsapp penasihat jualan Subaru Kuantan seperti di bawah untuk maklumat lanjut, atau untuk menempah sesi pandu uji. Kunjungi bilik pameran kami dan alami sendiri kehebatan kenderaan Subaru.
 
Ada Keperluan Untuk Keluarkan Kenderaan Lama Dari Jalan Raya Negara – Anthony Loke

Ada Keperluan Untuk Keluarkan Kenderaan Lama Dari Jalan Raya Negara – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata bahawa memang ada keperluan untuk perlahan-lahan mengurangkan kenderaan lama dari jalanraya negara, tetapi ia perlukan masa untuk perubahan ke arah itu.

Beliau juga mengakui bahawa perlunya perancangan untuk memasukan teknologi dan tren baharu seperti kenderaan pandu kendiri (kenderaan autonomi) dan kenderaan elektrik (EV).

“Kita perlu gantikan kenderaan-kenderaan lama agar teknologi baharu boleh digunakan, tetapi masalahnya Malaysia masih lagi tidak ada polisi jangka hayat kenderaan (End Of Life Policy),” terangnya.

“Kita ada 15 juta kenderaan di atas jalanraya dalam negara sekarang. Namun begitu, data kami menunjukan ada 30 juta kenderaan termasuk motosikal yang telah berdaftar di dalam negara,” kata Anthony ketika dalam ssi soal jawab acara perasmian KLIMS 2018.

Dasar jangka hayat kenderaan memerlukan lebih penerangan kerana memang terbukti rakyat Malaysia masih tidak faham apa maksudnya.

Malah ramai kaki kereta dan kelab kereta juga nampaknya masih ada yang tidak tahu langsung teori End Of Life dan menyangkakan semua kenderaan di atas usia 10 tahun akan diharamkan penggunaannya.

Sumber: Careta

 

————–

All New Subaru XV

Kami Menerima Trade-in! Miliki Subaru Forester / XV mulai hari ini. Hubungi / Whatsapp penasihat jualan Subaru Kuantan seperti di bawah untuk maklumat lanjut, atau untuk menempah sesi pandu uji. Kunjungi bilik pameran kami dan alami sendiri kehebatan kenderaan Subaru.
 
Pasaran Automotif Dijangka Kekal Positif

Pasaran Automotif Dijangka Kekal Positif

 

KUALA LUMPUR: Walaupun mungkin berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi serta perubahan geopolitik negara, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan pasaran automotif akan kekal positif.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya yakin pasaran akan terus berkembang berdasarkan sokongan yang diberikan peserta industri itu sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18).

Seiring dengan kehendak industri global yang bergerak ke arah teknologi baharu, KLIMS18 juga dijangka mengubah teknologi ke arah kepintaran buatan (AI), rangkaian dan tenaga boleh diperbaharui, menurut Aishah.

“Pameran kali ini adalah langkah agresif membabitkan semua pihak dalam menetapkan arah gaya kenderaan masa depan. Berdasarkan data MAA, industri automotif negara berkembang pesat dalam empat dekad kebelakangan ini.

“Jumlah keselurhan industri (TIV) berkembang dari 97,262 unit pada 1980 kepada 600,000 unit tahun lalu. Malaysia juga antara tiga pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara,” katanya selepas pelancaran KLIMS18 di sini, pada 22 November lalu.

Perasmian majlis dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

KLIMS18 akan bermula 23 November hingga 2 Disember di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan bertemakan “Beyond Mobility”.

Ia dianjurkan bersama MAA dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI). Sebanyak 74 pempamer menyertai pameran kali ini.

Pameran yang kali terakhir dianjurkan pada 2013 itu juga disertai 20 jenama pengeluar kereta dan tiga motosikal, manakala baki selebihnya adalah syarikat media, universiti dan yang berkaitan dengan automotif termasuk aksesori.

Aishah berkata, acara yang dianjurkan buat kali kesembilan di negara ini juga menawarkan hadiah menarik sepanjang 10 hari acara berlangsung.

Sumber: BH Online

 

————–

Miliki Subaru Forester / XV mulai hari ini! Hubungi / Whatsapp penasihat jualan Subaru Kuantan seperti di bawah untuk maklumat lanjut, atau untuk menempah sesi pandu uji. Kunjungi bilik pameran kami dan alami sendiri kehebatan kenderaan Subaru.
 
RSS
Follow by Email
Back to top