5 Perkara Penting Yang Akan Diubah Oleh Menteri Pengangkutan Menjelang 2019

5 Perkara Penting Yang Akan Diubah Oleh Menteri Pengangkutan Menjelang 2019

 

Pada sidang media hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan berkenaan lima perkara yang akan diubah pihak kementerian tersebut. Sidang media ini dilakukan sejurus selepas pembentangan di Dewan rakyat hari ini.

Menurut Anthony, perubahan pada Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalanraya (Pindaan) 1987 itu telah dibaca buat pertama kali pada sesi pagi tadi.

Untuk sesi esok, bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan sebelum dibawa naik ke Dewan Negara (sekiranya lulus)

Lima perkara yang diusulkan oleh Menteri Pengangkutan itu adalah seperti di bawah:

 

1. Memberikan kuasa kepada Majlis Bandaraya menubuhkan pasukan Warden Lalu Lintas.

Sembilan Majlis Bandaraya akan diberi kebenaran untuk mewujudkan pasukan tersebut yang akan membantu pihak polis trafik dan JPJ dalam melakukan rondaan dan mengawal lalu lintas.

  1. Ipoh
  2. Alor Star
  3. Petaling Jaya
  4. Shah Alam
  5. Pulau Pinang
  6. Johor Bahru
  7. Melaka
  8. Kuala Trengganu
  9. Iskandar Puteri

 

2. Memansuhkan sebarang rujukan kepada SPAD

Sebarang rujukan kepada SPAD diminta dimansuhkan kerana suruhanjaya itu telah dibubarkan.

 

3. Menetapkan jumlah fi kepada syarikat kenderaan untuk proses VTA

Menteri mahu mengenakan jumlah bayaran tetap (fi atau fee) untuk proses Vehicle Type Approval (VTA) yang dilakukan oleh JPJ.

Proses VTA ialah pemeriksaan yang dilakukan sebelum sebuah model kenderaan boleh dijual di Malaysia. Ia memastikan kenderaan itu mengikuti kelulusan dan piawaian yang digunakan oleh negara.

Contohnya ialah piawaian EU yang termasuk dari segi keselamatan, asap dan pelbagai lagi. Fi ini tidak sepatutnya menaikan harga kenderaan kerana ia dilakukan hanya sekali untuk satu model kenderaan sahaja.

Buat masa sekarang, tiada fi dikenakan.

 

4. Memperbaiki proses nyah-daftar (de-registration) kenderaan

Proses nyah-daftar kenderaan akan dipermudahkan agar membantu majlis-majlis perbandaran mengalihkan kereta-kereta buruk yang tersadai di kawasan perumahan dan di hadapan bengkel-bengkel kenderaan yang menyakitkan mata.

Ada lebih dari 60,000 kenderaan buruk tersadai di seluruh negara dan sukar untuk dialihkan oleh majlis perbandaran kerana kereta masih tidak dinyah-daftar.

Selepas undang-undang ini diluluskan, kenderaan akan dinyah-daftar oleh majlis perbandaran dan kemudian dialihkan.

Anggapannya ia juga bakal membantu mekanik-mekanik yang terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan yang tidak mahu mengambil kereta mereka yang tersadai di hadapan bengkel.

 

5. Memberikan kuasa kepada Menteri Pengangkutan untuk menetapkan fi cermin gelap

Sebelum ini, pemilik kenderaan boleh meminta kebenaran khas dari pihak Menteri untuk menggunakan cermin gelap pada kenderaan mereka, jika mempunyai sebab yang kukuh.

Anthony berkata sepanjang beliau menjadi Menteri, beliau tidak pernah meluluskan sebarang permintaan tersebut.

Sekarang beliau berkata permohonan boleh dilakukan kepada pejabat beliau dan jika sebabnya kukuh, ia akan diluluskan tetapi sejumlah fi perlu dibayar.

Fi ini dikecualikan untuk mereka yang mempunyai sebab kesihatan.

Cara ini membantu membanteras gejala rasuah sebenarnya kerana bayaran fi kepada pihak kementerian dilakukan dengan tertib dan direkodkan secara rasmi.

 

Anthony berkata jika lima perubahan tersebut diluluskan, ia boleh dikuat-kuasakan seawal Januari tahun hadapan.

 

Sumber: Careta

 

Miliki Subaru Forester / XV mulai hari ini. Hubungi / Whatsapp penasihat jualan Subaru Kuantan seperti di bawah untuk maklumat lanjut, atau untuk menempah sesi pandu uji. Kunjungi bilik pameran kami dan alami sendiri kehebatan kenderaan Subaru.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS
Follow by Email
Back to top