Tips Untuk Atasi Kecurian Kenderaan Baru Anda Dengan Kos Kurang RM10

Tips Untuk Atasi Kecurian Kenderaan Baru Anda Dengan Kos Kurang RM10

Ciri kemasukan tanpa kunci, diikuti dengan butang pandu mula kini sudah menjadi satu perkara wajib yang ada pada kenderaan baharu, hatta kenderaan entry-level juga ada yang sudah dilengkapkan dengan ciri ini.

Namun, ia menimbulkan persoalan dari segi tahap keselamatan memandangkan terdapat peningkatan kes kecurian kenderaan akibat penggunaan teknologi tanpa kunci ini.
Apa yang diperlukan hanyalah frekuensi yang dipancarkan oleh key fob, dan para penggodam mampu menyalin kod yang diperlukan, seterusnya membawa lari kenderaan anda tanpa disedari.

Menurut seorang ejen FBI yang sudah bersara dan kini ketua sebuah firma keselamatan cyber GlobalSecurityIQ, Holly Hubert menyarankan para pemilik kenderaan supaya membalut key fob mereka dengan kertas aluminium apabila tidak menggunakan kenderaan mereka.

 

Bagaimana kertas aluminium ini berfungsi?

Holly menjelaskan, sistem komputer kereta sentiasa bersedia untuk menerima isyarat lemah yang dipancarkan daripada key fob, sebelum mereka membenarkan isyarat tersebut mengaktifkan fungsi menyahkunci pintu dan memulakan kenderaan.

Namun, kepintaran para penggodam membolehkan mereka mendapatkan peranti khas yang mampu membaca dan menguatkan isyarat yang lemah daripada key fob (walaupun ia berada di dalam rumah), sekaligus memudahkan mereka melarikan kenderaan tanpa perlu sebarang kunci.

Dengan penggunaan kertas aluminium yang mudah dan murah ini, sebarang isyarat daripada key fob akan dapat dihalang dan mengelakkan para penggodam mendapatkan akses kepada kereta anda.

Bagi mereka yang berkemampuan, terdapat sebuah produk yang dijual dinamakan sebagai beg Faraday yang mampu menjalankan fungsi yang serupa melindungi sebarang penggodaman terhadap isyarat yang dipancarkan daripada key fob anda.

Tiga tahun lalu, isu ini dibangkitkan berdasarkan satu kisah benar eksperimen yang melibatkan seorang penggodam yang mampu mengambil alih sebuah Jeep ketika ia sedang dipandu pada kelajuan 110 km/j.

Isu ini menggemparkan dunia menyebabkan sejumlah 1.4 juta unit Jeep terpaksa dipanggil balik.

Kami tidak menyarankan anda membuat perkara seperti gambar di atas bagi mengelakkan sebarang perang dunia dapur ketiga berlaku di rumah anda.

Sumber : Careta

 

————–

Miliki Subaru Forester / XV mulai hari ini! Hubungi / Whatsapp penasihat jualan Subaru Kuantan seperti di bawah untuk maklumat lanjut, atau untuk menempah sesi pandu uji. Kunjungi bilik pameran kami dan alami sendiri kehebatan kenderaan Subaru.
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS
Follow by Email
Back to top